Matlamat MQ MQ SOLUTIONS SDN BHD adalah sebuah syarikat milik bumiputra yang telah diperbadankan pada tahun 2003. Pada tahun 2007 syarikat MQ telah ditukar dari MQ Solutions Trading ke MQ Solutions Sdn Bhd. MQ telah memperkembangkan perniagaannya dalam tempoh yang singkat. Sekarang, MQ terus berusaha sedaya upaya dan harap perniagaan dapat menuju ke takat yang lebih tinggi pada tahun depan. Kami telah bergerak setapak demi setapak ke arah menjadikan syarikat ini sebuah syarikat berdaya saing. Menerusi pengalaman kami mengenai keperluan semasa serta keperluan industri, kami menyalurkan perkhidmatan yang didedikasikan. Semua ini membawa kepada kepercayaan serta keyakinan pelanggan terhadap kami.Dengan itu, keadaan ini telah mendorong kami menerajui dan membawa kami untuk memenuhi keperluan dan permintaan semasa dengan tepat. Memandangkan kepesatan perkembangan ekonomi serta perkembangan industri,kami bersedia memberi segala khidmat yang terbaik untuk menepati kehendak pelanggan dan secara tidak langsung membawa kami untuk menerajui serta mengembangkan segala aktiviti syarikat berdasarkan kepuasan kehendak pelanggan kami. Perkongsian pengalaman dan perkhidmatan para pengilang serta pelanggan dapat membantu mengembangkan struktur perniagaan serta seluruh organisasi syarikat. Ini telah membolehkan kami mengorak langkah ke hadapan bagi mencapai matlamat syarikat sekali gus mencapai cita-cita kami dan menyalurkan sumbangan serta perkembangan kepada Politik,Ekonomi dan Sosial Negara. Ternyata walau bagaimanapun kami cuba untuk bertahan keutuhan tetapi masih ada kekurangan dan kami dapati jawapannya ialah membina penghasilan kebijaksanaan fikiran setiap individu dengan kemajuan kami. MQ adalah sebuah syarikat yang muda dan dinamik dengan berpengalaman melebihi selama 15 tahan didalam pelbagai bidang dan juga tidak terhad dalam menjual mesin photostat, ink dan master tetapi juga barang-barang kerperluan pejabat serta percetakkan. Ini termasuk projector, mesin laminate, perabut pejabat, papan LED, environment friendly papan hijau dan putih dan lain-lain. Syarikat ini membekalkan barang-barang seperti Bahan bacaan dan alat tulis, Alat kelengkapan pejabat dan kediaman, Peralatan cegah kebakaran & kawalan keselamatan, Peralatan perhubungan/komunikasi, Keluaran jahitan, Kelengkapan sukan, cenderamata dan muzik, Makanan dan minuman, Peralatan hospital dan ubat ubatan, Peralatan makmal dan kimia, Bahan bakar dan pelincir, Pertanian dan ternakan, Kelengkapan dan kemudahan awam, Bahan binaan dan peralatan keselamatan jalan raya, Peralatan sukatan dan ukuran, Kenderaan, jentera berat dan kelengkapan, Senjata dan peralatan kejuruteraan, Pesawat udara,bot dan kapal, Peralatan kejuruteraan elektrik, Perkhidmatan, Peralatan dan kelengkapan komputer, Alatan dan perkakas industri asa tani serta industri kecil, Penyewaan&pengurusan alat-alat P.A.System, Penyewaan&pengurusan mesin-mesin pejabat, Alat hawa dingin, dan lain-lain. Perjalanan kami untuk membina gabungan ini masih jauh lagi. Ini adalah cabaran utama kami untuk menghasilkan perolehan yang tinggi. Untuk memenuhi ini, pertama kami mesti mengenal pasti kekuatan dan kelemahan organisasi. Dengan mengetahui kebolehan yang ada pada kami dan jawatan yang telah diberikan, kami akan bekerja ke tahap yang cemerlang. Dengan cara ini, kami akan memperoleh kedudukan yang lebih baik bagi setiap individu dengan secara tak langsung memperkukuhan syarikat. MQ Solutions Sdn Bhd terletak di Bukit Mertajam, Penang dan telah berjaya memperkembangkan perniagaannya di seluruh Malaysia, sebab kita percaya hanya dengan cara ini kita dapat membagi pelanggan kita perkhidmatan yang cepat dan membalas segala soalan pelanggan dalam masa yang paling singkat. MQ Solutions Sdn Bhd berharap agar mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Setiap peluang yang diberikan pastinya akan dimanfaatkan dimana kepuasan pelanggan adalah keutamaan destinasi syarikat kami.
|
|
Company ProfileAdmin2019-11-28T12:08:23+08:00